Khasiat dan kegunaan Gelam wangi

Ekstrak minyak tea tree banyak digunakan dalam barangan penjagaan kesihatan terutama penjagaan kulit. Ia merupakan agen bagi antikulat dan antibakteria yang mujarab dalam penyediaan barangan untuk penjagaan kulit.[3]

Tindakan minyak ini terhadap sel epitelium manusia adalah rendah dari segi ketoksikannya namun ia tetap bertoksid.

Produk farmaseutikal dari formulasi tea tree adalah bagi rawatan penyakit jerawat, kelemumur dan masalah tinea. Ia juga banyak digunakan sebagai bahan antiseptik dan antikulat yang diadunkan dalam persediaan ubatan bersama bahan ubatan herba, deodoran, syampu, sabun dan losen badan.

Minyak ekstrak Tea tree adalah bertoksid sekiranya diambil menerusi pengambilan mulut (oral consumption) dan menelannya. Ia juga bahaya sekiranya disapu secara berlebihan pada dos berkepekatan tinggi, kerana ia boleh menyebabkan berlakunya radang dan kematian sel dermis kulit.[4] Tiada kematian dilaporkan.[4]